Blogger Templates

selamat datang kalau dah habis baca selamat pulang dan sila follow:)

Friday, 5 April 2013

08/02/2013

assalamualaikum:)

hurmmm lama tak hupdate apa2..macam2 jadi dalam hidup..lagi2 lepas habis praktikal..sekarang aku dah mula sem baru..short sem insyaallah lagi 2 sem je TAMAT DIPLOMA ok!fewwww cepat la habis,tak sabar gila nak kawen?ehh motipp?haha takdek makna nak kawen dulu,banyak lagi benda nak kena belajar,aku plan nak ambik degree pulak tapi makk aii muet tak lepaihh lagi tuhh haha hadoiiii satu2..takpe plan2 kayuhh..umm aku nak mula fokus satu bahagian je lepas ni..ofcoz lerr bahagian pastry&bakery..kalau tak ambik degree pon aku tetap akan belajar jugak pasal ni..dah alang2 belajar..biar sampai pandai macam anna olson..kannnn..banyak benda lagi aku nak hupdate..resepi baru..gambar..apa jadah lagi haaa semua ada..tu belum masuk masa praktikal..gila hokayy ahkak tengok kek lawo2 apa semua..hehe..nanti kalau rasa tangan ni rajin nak menaip akan sy taip untuk tatapan awok2 yg lain tu..sekiannnn...

p/s: to en boypren yg tercintass i love you & selamat mengulang tahun ke 2 T 2 B
      haha pon boleh lahh
      semoga tidak ler kita begadoh lagi lepas ni,sy penat nak dengar awk mencair2kan hati sy:)
     
       ho ambik ni gambar ahkak feeling2 gatal meroyan nak kawen hahahahaha

Wednesday, 5 December 2012

......

selalu aku tanya,kenapa aku selalu jumpa orang yang salah,kenapa aku tak penah jumpa orang yang betol,aku tak dapat jawapan dia,tapi aku tahu,mungkin ni ujian untuk aku jadi lebih kuat dari yang sebelom ni,mungkin sekarang masa dia aku kena jadi lebih matang,fikir diri sendiri,sayang diri sendiri dulu sebelom sayang orang lain,ya,hati aku sakit,teramat sangat,lepas satu2,aku kena kuat..aku tak boleh lemah depan orang,biarlah aku bekorban,dari dulu memang tu yang aku buat pun.....

Wednesday, 7 November 2012

pernah korang rasa?

pernah korang rasa?
gve up dengan orang yang korang sayang,tapi korang tetap ada dengan dia..
pernah korang rasa?
korang menangis dan jerit sekuat hati sebab korang tak tahu apa yang korang patut buat..
pernah korang rasa?
kenapa dia?kenapa korang cinta sangat dekat dia,sampai korang relakan diri korang terluka...
pernah korang rasa?
nak tinggalkan semua ni,tapi korang tak mampu sebenarnya..
pernah korang rasa?
berbaloi ke apa yang korang buat sekarang untuk orang yang korang tak tahu sama ada dia sayangkan korang ke tak..
pernah korang rasa?
orang yang korang sayang tu,sayang orang lain.....



Friday, 26 October 2012

dugaan...

assalamualaikum

hurmmm,minggu ni minggu yg sedih je buat aku. Aku teringin nak ada kelebihan baca isi hati orang,kalau lah boleh kan?huu. Aku mungkin buat semua ni macam orang yg dah give up,tapi aku belum sebenarnya,aku cuma mengalah kali ni. Aku percaya dengan apa yg ALLAH dah tetapkan. Aku pegang kata-kata tu kalau aku sedih. Kalau aku rindu dia,aku doa pasal dia banyak-banyak. Aku dah cukup kuat mungkin nak hadapi semua ni,sekali lagi. Setiap kali di uji,aku harap sangat ada kelebihan bila aku di uji macam ni,mungkin aku takkan nampak semua tu sekarang,tapi nanti,insyaallah. Aku harap aku boleh terus bertahan macam ni,walau sakit macam mana pun,aku kena hadap benda ni,aku takkan mengalah. Seminggu aku rasa sunyi,aku sedih,tapi aku kuatkan jugak hati aku untuk terima semua ni. Aku harap semua ni tak sia-sia.



Thursday, 18 October 2012

butter cake

assalamualaikum!

heyyooo2:)sekarang aku tengah bosan dgn adanya cuti sem erghhh,so aku ada buat kek semalam hurmmm sedap,bahan dia pon simple,senang sgt nk buat,aku ambik resepi ni dekat my resepi tapi ada yg aku kurangkan sikit bahan2 dia. Cara masak dia aku kukus,kukus lah lama sikit even kau buat dalam bekas yg kecik sebab takut yg dalam tuh x masak,aku guna 'tipurware' je,sebab senang:)so,selamat mencuba.

Bahan-bahan

  • 2 cawan marjerin / planta
  • 2 cawan gula pasir(boleh kurangkan lagi,sebab agak manis)
  • 6-8 biji telur (bergantung pd size)(aku pakai 7 je,telur gred b)
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar esen vanilla

Cara-cara

  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang
  2. Dah kembang mentega dan gula tadi masukkan telur sebijik demi sebijik dan pukul sehingga adunan sebati
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.Pukul sehingga adunan sebati.
  4. Dah sebati adunan masukkan esen vanilla tadi dan pukul lagi.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.Letakkan pewarna yg anda suka.
  5. Masukkan ke dalam acuan berselang seli dengan warna2 tadi dan kukus / bakar.sehingga masak.Lebih kurang 45 minit - 1 jam.
  6. * Pastikan pengukus sudah dipanaskan terlebih dahulu.
  7. * Seloknya masak dengan cara mengukus lebih baik kerana kek lebih tahan lama dan tidak berminyak